ShareThis to the world!

Fuziah: Saya tak perlu ajar itik berenang

  • Fuziah SallehFuziah Salleh
 1 / 1 
SHAH ALAM - PKR hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku adil terhadap mangsa banjir melalui dana sebanyak RM32.9 juta yang disumbangkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh mendakwa, walaupun mengikut laporan berita sumbangan itu bagi membantu kawasan Pekan dan Kelantan, namun kawasan lain juag turut terjejas.

Menurutnya, Perdana Menteri juga perlu memberi respons mengenai perkara terutama dalam pengagihan batuan tersebut.

"Saya tak perlu cakap sebenarnya, Perdana Menteri mesti adil, dari segi ke mana harus pergi dana tersebut, saya tak perlu nak ajar itik berenang, kalau boleh bantuan bukan hanya di Pekan tapi di kawasan banjir, seperti di Kuantan adalah kawasan yang terjejas teruk.

"Saya lihat, selaku Perdana Menteri kalau sumbangan itu tak sampai kepada mangsa banjir sepatutnya, ia tidak adillah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Terbaru, mengikut laporan media Presiden UAE telah menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia.

Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pekan, Pahang dan Kelantan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, dengan kemungkinan Preisden UAE,  Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan tersebut tidak mengetahui keadaan sebenar banjir di Malaysia.

"Saya mengandaikan UAE mungkin kurang tahu situasi sebenar keadaan banjir di sini, dia ingat hanya di Pekan saja banjir teruk.

"Jadi sekarang saya sedang berusaha untuk menghubungi terus dengan Presiden UAE untuk memberi maklumat yang jelas kepadanya mengenai banjir di sini," katanya lagi.

"Saya andaikan juga kerajaan UAE tidak tahu, bukan hanya Pekan saja dilanda banjir tapi banyak lagi kawasan lain dilanda banjir teruk.


sumber:sinarharian.com
0 Komentar untuk "Fuziah: Saya tak perlu ajar itik berenang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info