ShareThis to the world!

Gambar Majlis Resepsi Safee Sali Di Perak


Memang bulan Disember tahun ini menjadi pilihan kebanyakan selebriti tempatan untuk mendirikan rumah tangga sebelum mengakhiri tahun ini dengan kenangan manis tersebut.
Antaranya ialah pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan juga pemain bola sepak terkenal, Safee Sali.
Selepas mengadakan majlis pernikahan pada 21 Disember lalu di sebuah hotel di Kepulauan Riau, Indonesia, satu lagi majlis resepsi telah diadakan oleh Safee.
Kali ini, majlis resepsinya diadakan di kampung halamannya, di Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, Perak, Sabtu lalu.
Pada majlis itu, Safee dan isterinya, Shasha telah mengenakan dua pasang persalinan berwarna merah dan hijau zamrud.
Antara yang kelihatan pada majlis itu juga ialah Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah serta penjaga gol, Farizal Marlias dan isterinya.
SAFE
SAFE1
SAFE2
SAFE3
SAFE4
Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Gambar Majlis Resepsi Safee Sali Di Perak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info