ShareThis to the world!

Video: Remaja Pancing Banyak Ikan Dari Longkang

Seorang pelajar sekolah dari bandar Katy di Texas, Amerika Syarikat menyukai hobinya memancing tetapi bukan dengan cara biasa di tempat yang biasa seperti kebiasaan kaki-kaki pancing.
Kyle Naegeli, berusia 15 tahun suka memancing di dalam longkang kumbahan air yang berdekatan dengan rumahnya dan dia begitu pakar memancing di longkang berkenaan.
Longkang itu  juga menyalurkan air di waktu hujan lebat dan ia terletak hanya 40 kaki dari rumahnya.
Sehingga kini, Kyle sudah berjaya memancing pelbagai spesis ikan antaranya jenis Ikan Sirip Biru dan spesis yang seakan seperti Ikan Keli dalam masa yang pantas sebaik meletakkan umpan.
Caranya, Kyle hanya menggunakan tali pancing sepanjang 10 kaki yang diikat umpan padanya seperti hot dog atau kepala ikan sebelum diletakkan di dalam longkang dan dia mendapat ikan dalam masa yang singkat.
Kyle turut merakamkan videonya memancing dan berjaya mendapat ikan serta dimuatnaik ke YouTube sehinggakan ramai yang menonton videonya memancing dengan cara yang pelik seperti itu.
Menurut Kyle, kolam yang terdapat ikan di dalamnya terletak tidak jauh dari kawasan rumah. Kemungkinan ia bersambung pada bahagian tertentu  sehingga menyebabkan ikan-ikan itu berjaya berenang masuk ke saluran longkang berdekatan rumahnya. –MYNEWSHUB.MY



sumber:mynewshub.my
Remaja Pancing Banyak Ikan Dari Longkanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/PancingIkanLongkang.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/PancingIkanLongkang-150x150.jpgAuthor MNHmyHangatmyVideoTerkini,
Seorang pelajar sekolah dari bandar Katy di Texas, Amerika Syarikat menyukai hobinya memancing tetapi bukan dengan cara biasa di tempat yang biasa seperti kebiasaan kaki-kaki pancing. Kyle Naegeli, berusia 15 tahun suka memancing di dalam longkang kumbahan air yang berdekatan dengan rumahnya dan dia begitu pakar memancing di longkang berkenaan. Longkang...
Seorang pelajar sekolah dari bandar Katy di Texas, Amerika Syarikat menyukai hobinya memancing tetapi bukan dengan cara biasa di tempat yang biasa seperti kebiasaan kaki-kaki pancing. Kyle Naegeli, berusia 15 tahun suka memancing di dalam longkang kumbahan air yang berdekatan dengan rumahnya dan dia begitu pakar memancing di longkang berkenaan. Longkang itu  juga menyalurkan air di waktu hujan lebat dan ia terletak hanya 40 kaki dari rumahnya. Sehingga kini, Kyle sudah berjaya memancing pelbagai spesis ikan antaranya jenis Ikan Sirip Biru dan spesis yang seakan seperti Ikan Keli dalam masa yang pantas sebaik meletakkan umpan. <strong>Caranya, Kyle hanya menggunakan tali pancing sepanjang 10 kaki yang diikat umpan padanya seperti hot dog atau kepala ikan sebelum diletakkan di dalam longkang dan dia mendapat ikan dalam masa yang singkat.</strong> <strong>Kyle turut merakamkan videonya memancing dan berjaya mendapat ikan serta dimuatnaik ke YouTube sehinggakan ramai yang menonton videonya memancing dengan cara yang pelik seperti itu.</strong> Menurut Kyle, kolam yang terdapat ikan di dalamnya terletak tidak jauh dari kawasan rumah. Kemungkinan ia bersambung pada bahagian tertentu  sehingga menyebabkan ikan-ikan itu berjaya berenang masuk ke saluran longkang berdekatan rumahnya. - <strong>MYNEWSHUB.MY</strong> <iframe src="//www.youtube.com/embed/tW0ipbW8vig" height="315" width="520" allowfullscreen="" frameborder="0"></iframe>
0 Komentar untuk "Video: Remaja Pancing Banyak Ikan Dari Longkang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info