ShareThis to the world!

Gelombang Kedua Banjir Dijangka Hujung Bulan Ini, PM Mahu Semua Bersedia



Penghujung bulan lalu dan awal bulan ini, negara gempar dengan kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur dengan puluhan ribu orang terpaksa  dipindahkan manakala beberapa kematian turut dilaporkan.

Banjir dengan limpahan air yang terlalu banyak malah mungkin yang terburuk dalam sejarah telah menyebabkan banyak pihak tersentak dan proses menghulurkan bantuan menjadi agar kucar-kacir pada permulaannya.

Selepas kejadian itu berakhir, bukan sahaja mangsa tetapi masyarakat umum juga menarik nafas lega.

Namun, nampaknya semua pihak perlu bersiap sedia sekali lagi kerana kerana kejadian banjir mungkin memasuki fasa gelombang kedua tidak lama lagi.

Kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberikan perhatian awal agar usaha menghulurkan bantuan dilakukan dengan lebih baik dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Beliau melalui kemas kini di akaun Facebooknya hari ini membayangkan kemungkinan banjir gelombang kedua berulang di penghujung bulan ini agak cerah.

Sehubungan itu beliau mahukan semua anggota masyarakat bersama-sama dengan agensi keselamatan secara sistematik bagi berhadapan dengan fenomena alam berkenaan.

Beliau juga memohon kepada semua untuk memastikan keselamatan diri dan berdoa agar kejadian banjir segera berakhir.


Sementara itu, SiakapKeli difahamkan, hujan lebat diramal berlaku bermula 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan terutama di tiga daerah – Kuantan, Pekan dan Rompin.

Dalam tempoh yang sama juga air pasang turut akan berlaku, manakala kelajuan angin diramalkan 50 hingga 60 kilometer sejam.

Sebelum ini, gelombang kedua banjir diramal berlaku antara tempoh 18 hingga 22 Disember tetapi tidak menjadi kenyataan.

Selain Pahang, negeri-negeri lain seperti Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka juga memiliki risiko banjir yang sama.

Justeru, permintaan Perdana Menteri itu harus diberikan perhatian sewajarnya agar kejadian banjir dapat harungi dengan lebih baik andai ia berulang sekali lagi.





sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Gelombang Kedua Banjir Dijangka Hujung Bulan Ini, PM Mahu Semua Bersedia"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info