ShareThis to the world!

Jackie pukau aksi bahaya

Selepas filem New Police Story sembilan tahun lalu, bintang aksi popular antarabangsa Jackie Chan kembali lagi dalam siri terbaru Police Story yang kali pertama ditayangkan pada 1985.
Siri keenam filem terbabit berjudul Police Story 2013 adalah arahan Ding Shen dan menampilkan Jackie sebagai pegawai polis di China bersama Liu Ye serta Jing Tian.
Bakal menemui penonton di Malaysia pada 24 Disember ini, siri terbaru itu menelan kos sebanyak RM9.8 juta dan buat kali pertama lokasi penggambaran dilakukan di Beijing, China.

Sebagai ‘orang lama’ dalam industri perfileman, pelakon berusia 59 tahun itu menganggap lakonan babak aksi dalam filem Police Story 2013 tidak sukar.

“Walaupun terdapat adegan pergaduhan, ia tidak berat dan tidak membabitkan aksi besar,” katanya di sidang media mempromosi Police Story 2013 di Kuala Lumpur, kelmarin.

sumber:hmetro.com
0 Komentar untuk "Jackie pukau aksi bahaya"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info