ShareThis to the world!

Kulit Wanita Ini Bertukar Warna Perak Kerana Ubat Titisan

Berniat untuk hanya mengubati alergi yang dialaminya, ubat itu malah membuatkan Rosemary Jacobs' 71 tahun merana. Kulitnya kini berkilauan seperti warna perak selepas menggunakan ubat titisan hidung mengandung perak.

Rosemary hidup dengan keadaan kulit terpapar bahan kimia mengandung metal (argyria) selama 60 tahun. Kulitnya berubah jadi silver ketika mula mengambil ubat titisan hidung mengandungi colloidal silver (CS) di usia 11 tahun. Empat tahun kemudian kandungan perak itu sudah meresap jauh ke dalam kulit Rosemary. Sejak itu kulitnya menjadi berawarna kelabu perak dan tidak boleh diubah seperti sedia kala kerana beredar di dalam tubuh.

"Ketika usiaku 11 tahun ibu saya pergi ke pakar kerana aku terkena flu," tutur Rosemary. "Doktor mengatakan padaku bahawa aku alergi dan memberi ubat titisan hidung yang mengandungi perak. Aku dianjurkan memakainya hanya jika diperlukan. Tapi aku kerap memakainya bila masa hidung tak selesa."

"Perubahan warna kulit saya sangat pelahan sehingga tidak kelihatan jelas. Keluarga dan temanku tidak menyedarinya kerana mereka melihat saya setiap hari," tambahnya. "Aku juga tidak sedar hingga akhirnya sudah terlambat ."

Dengan kulit biru keperakan membuat Rosemary menjadi tontonan aneh dari orang di sekitarnya. "Orang-orang menunjuk dan merenung, menyuruhku menghapuskan solekan Halloween dan menyebutku zombie. Sering aku disoal berasal dari mana dan bahasa apa yang kugunakan," jelas pesara guru sekolah ini.

Akhirnya Rosemary melakukan pembedahan lapisan pertama kulit wajahnya pada usia 36. Usahanya cukup berjaya namun malah menginggalkan bekas kemerahan agak keperakan. "Saya rasa hasilnya lebih baik daripada sebelumnya," keluh Rosemary.

           
0 Komentar untuk "Kulit Wanita Ini Bertukar Warna Perak Kerana Ubat Titisan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info