ShareThis to the world!

Linda Onn Sah Tarik Diri Daripada ABP


Seakan-akan sudah menjadi kebiasaan bagi artis-artis senior untuk menarik diri daripada sebarang anugerah atau pertandingan yang melibatkan diri mereka.
Perkara ini turut melanda penyampai radio popular, Linda Onn yang mengambil langkah untuk menarik diri daripada dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular 2013 yang bakal diadakan pada bulan April depan.
Menurut Linda, dia sudah pun menghantar surat berhubung penarikan diri itu kepada pihak penganjur Berita Harian.
Untuk makluman, Linda pernah memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular untuk enam tahun berturut-turut sebelum takhtanya dirampas Fara Fauzana bermula dari tahun 2007.
Adakah fenomena ini sesuatu yang sihat untuk industri seni kita?
Bagi penulis, sepatutnya mereka tidak perlu gusarkan diri jika kalah kepada mana-mana pesaing, sebaliknya perlu menerima kenyataan bahawa zaman kegemilangan mereka sudah pun berakhir.
Yela, industri hiburan ada turun naiknya, ada masa nama kita di atas, ada masa nama kita berada di bawah.
LINDAA
sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Linda Onn Sah Tarik Diri Daripada ABP"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info