ShareThis to the world!

Malaysia Paling Banyak Rasuah Di Dunia? Ini Jawapan BANK NEGARA


Kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia
kerana ekonominya yang sangat terbuka, tidak seharusnya dianggap sebagai aliran
keluar kewangan haram yang besar.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar, sehubungan itu
berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara
negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.
Beliau berkata E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada dua
peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak
lima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus,” kata
beliau dalam persidangan akhbar di sini.
Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak
direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah
saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.
BNM semalam menyatakan laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan
asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari
negara-negara sedang membangun.
Bank pusat berkata laporan itu telah memperakui bahawa penggunaan hab
eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga
dagangan (trade mispricing) terlebih catat.
Bagaimanapun, BNM menambah anggaran yang tidak memasukkan eksport semula
melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia
kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih
daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong.
Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang
utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70
peratus,” kata BNM.


sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Malaysia Paling Banyak Rasuah Di Dunia? Ini Jawapan BANK NEGARA"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info