ShareThis to the world!

Nak Buat Sidang Akhbar Boleh, Pakaian Tu ‘Elok-Elok’ Le Sikit...

Kes Adi Putra: Nak Buat Sidang Akhbar Boleh, Pakaian Tu 'Elok-Elok' Le Sikit...
WANITA yang dikatakan mempunyai skandal dengan pelakon terkenal Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib dan suaminya mengadakan sidang akhbar mengenai perkembangan kes itu di ibu negara baru-baru ini.
Dah nama pun isu hangat, ramai le wartawan dan jurugambar yang hadir.
Cuma yang tak syok sikit, pakaian Nooraida terlalu seksi dan agak jelas di bahagian dada.
Memandangkan Nooraida dan suaminya bercakap mengenai isu ‘moral’ si Adi Putra, sepatutnya perkara-perkara begini perlu diberi perhatian.
Bukan apa, elok-elok orang nak simpati takut ia jadi sebaliknya hanya kerana pakaiannya yang sebegitu.
1496610_652314391457989_1090571465_n
Berbalik kepada kes Adi Putra ini, Nooraida  mengakui dia terlebih dahulu menghantar pesanan kepada aktor itu menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya mengirimkan mesej menerusi WhatsApp kepadanya (lelaki yang dipercayai Adi) terlebih dahulu. Ketika itu, dia akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Saya mengirimkan ucapan selamat kepadanya dan mendoakan agar doanya dimakbulkan di sana,” katanya dipetik menerusi portal Gua.
Sejak itu, Nooraida mengakui mereka sering berbalas-balas mesej dan gambar berbentuk ‘selfie’ termasuk gambar peribadi milik aktor kelahiran Singapura itu.
Malah, wanita itu juga mendedahkan, sejak empat bulan kes ini mendapat perhatian masyarakat, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepadanya dan tujuannya mengadakan sidang media baru-baru ini adalah untuk membersihkan kembali namanya yang sudah tercalar dek kontroversi tersebut.
“Selama empat bulan ini, macam-macam orang berkata. Saya biarkan sahaja. Saya menyesal dengan perbuatan saya. Sekarang semua orang pun sudah tahu. Saya cuma mahu menegakkan kebenaran dan membersihkan nama yang sudah tercalar,” tambahnya lagi.
Untuk makluman, kes ini sudah pun ditutup oleh pihak polis dan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).
Sementara itu, suami Nooraida, Amiruddin Othman yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis berhubung siasatan kes itu ingin membawa perkara itu ke tengah selepas didakwa wujud keraguan dalam kes tersebut.
Jadi, sama-sama kita nantikan apakah ‘drama’ seterusnya yang bakal muncul di antara tiga A ini iaitu Adi-Aida dan juga suaminya, Amir.




sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Nak Buat Sidang Akhbar Boleh, Pakaian Tu ‘Elok-Elok’ Le Sikit..."

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info