ShareThis to the world!

Soseh Soseh: Kena‘kencing’ dengan artis baru

Cerita mengenai artis ditipu pengurus, pembantu peribadi atau promoter konsert memang kerap kita dengar. Tapi baru-baru ini SS dengar artis sendiri tergamak melakukan perkara itu kepada sesama rakan artis.
Dalam kes yang disampaikan kepada SS ini, ia membabitkan artis baru dengan seorang artis senior. Jumlahnya bukanlah sikit, tapi membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit! 
Memang terduduk dan hampir muflis juga artis senior itu dibuat dek artis baru itu. Walaupun baru, dia nampaknya cukup licik dalam bab menipu ini. 

SS difahamkan, semuanya bermula apabila artis senior itu tertarik dengan bakat artis baru itu. Melihat bakat yang ada pada artis baru itu, artis senior ini merancang untuk mengadakan kerjasama pintar dengannya.

Malangnya, bukannya kerjasama pintar. Sebaliknya artis senior itu yang terkena dengan ‘kepintaran’ artis baru itu.

SS dimaklumkan, artis baru itu menawarkan peluang perniagaan kepada artis senior itu dan memintanya melabur sejumlah wang. 

Tanpa berfikir panjang dan atas dasar persahabatan dan percaya dengan artis baru ini, artis senior terbabit memberikan sejumlah wang dalam jumlah ratusan ribu ringgit kepadanya. 

Namun selepas beberapa lama, artis baru terbabit langsung tidak menghubunginya dan tiada sebarang berita mengenai perniagaan yang dimaksudkan itu. 

Akhirnya barulah artis senior itu sedar dia sudah tertipu. Terduduklah jawabnya! 


SS: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Harapnya artis baru yang dimaksudkan itu akan ‘kantoi’ tak lama lagi.


sumber:hmtero.com
0 Komentar untuk "Soseh Soseh: Kena‘kencing’ dengan artis baru"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info