ShareThis to the world!

Statistik Kes Penipuan Laman Web E-Dagang Jual Beli Online

Statistik kes penipuan laman web E-Dagang atau laman jual beli online. Jadual dibawah menunjukkan statistik kes penipuan yang telah direkodkan terutamanya melibatkan pembelian secara online dari Januari sehingga Jun 2013. 

Laman web Mudah.my dan Facebook.com merupakan laman paling berisiko tinggi untuk membuat pembelian secara online dimana masing-masing mencatatkan 542 dan 211 kes terkumpul sepanjang tempoh berkenaan. 

Laman E-dagang seperti E-bay, Lowyat dan Lelong dilaporkan lebih selamat setelah mencatat kurang daripada 5 kes penipuan sepanjang tempoh tersebut.
penipuan

Laman Mudah.my dan Facebook khususnya mencatatkan bilangan pengguna paling ramai atau tertinggi di Malaysia. 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kedua-dua platform tersebut menjadi pilihan utama kepada scammer untuk meluaskan sayap mereka.Untuk mengelakkan sebarang penipuan atau scam, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan khidmat “Cash On Delivery (COD)” apabila berurusan dengan pembelian yang mahal.


Sumber: melvister.com 
0 Komentar untuk "Statistik Kes Penipuan Laman Web E-Dagang Jual Beli Online "

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info