ShareThis to the world!

Arahan BUANG Perkataan Jawi Pada Sekolah Menengah Convent?



MENGAPA tulisan jawi itu penting?

Ini kerana ia berasal daripada tulisan abjad Arab yang terkandung dalam al-Quran.

Individu yang mahir membaca jawi pastinya fasih dan mampu membaca al-Quran, namun kini kebanyakan orang yang tidak boleh membaca jawi dilihat agak susah membaca ayat suci ini,

Tulisan jawi juga adalah satu budaya dan identiti, ada perkaitannya dengan agama Islam, kemudian diolah beberapa huruf yang tidak ada bagi menjadi tulisan.

Justeru itu apabila Pengetua Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang memulakan inisiatif memperkasakan tulisan ini di papan tanda sekolahnya, ini usaha yang harus dipuji.

Ini kerana sekolah itu juga mempunyai ramai pelajar Melayu, Islam.

Namun apa yang tersebar di internet sejak akhir-akhir ini amat dikesalkan.

Kononnya ada arahan yang meminta agar tulisan jawi dalam papan tanda sekolah itu dibuang kerana ia bukanlah ‘amalan’ di setiap sekolah mubaligh seperti Sekolah Menengah Convent.

Apa kejadahnya ini?

Tulisan Cina yang berlambak di papan tanda sekolah-sekolah Cina sebagai contoh, ia tidak mungkin dapat menarik pelajar Melayu untuk keluar daripada ajaran mereka dan menyembah Budha atau Confucius.

Maknanya, tidak perlu risau akan kehadiran tulisan jawi ini kerana ia juga tak mungkin dapat ‘memurtadkan’ orang Kristian untuk memeluk Islam!

Lagipun ia cuma di papan tanda, satu perkara yang TIDAK ADA ASAS untuk dibimbangkan!

Kehadiran surat ini, kalau benar, memang layak untuk dikecam!

Anda baca dan nilai sendiri….


0 Komentar untuk "Arahan BUANG Perkataan Jawi Pada Sekolah Menengah Convent?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info