ShareThis to the world!

Keith Foo Kongsi Gambar Bersama Kekasih



RASANYA peminat pelakon kacak, Keith Foo sudah mengetahui yang dia kini sedang dilamun cinta dengan kekasih barunya yang juga penuntut jurusan fesyen di sebuah universiti luar negara.

Dia yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih juga mengaku gadis itu sangat istimewa dan cukup matang.

Biarpun tidak mendedahkan nama kekasihnya itu, Keith Foo telah berkongsi gambar-gambar mesra bersama seorang gadis yang bernama Kim Raymond menerusi akaun Instagramnya.

Kami yakin 100 peratus itulah gadis yang dimaksudkan oleh pelakon ini.

Memang sama cantik dan sama padan kedua-duanya!

Apa pun, kami harapkan hubungan Keith dan kekasihnya akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan suatu hari nanti.






Oleh: ELZA

(Kredit: Instagram Keith Foo)
0 Komentar untuk "Keith Foo Kongsi Gambar Bersama Kekasih"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info