ShareThis to the world!

Penerbit NONA Jelaskan Fazura Ditawar Pengacara Jemputan, Bukan Ganti Neelofa



BARU-BARU ini, tersebar khabar yang menyatakan pelakon Nur Fazura telah ditawarkan sebagai pengacara bagi menggantikan Neelofa untuk program popular Nona yang disiarkan setiap Ahad di TV3.

Ada yang betul dan tidak betul dalam kenyataan di atas.

Memang benar Fazura menerima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy sebagai pengacara Nona, memetik laporan Berita Harian.

“Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

“Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima,” jelasnya.

Bab yang tak betulnya, tawaran itu bukanlah untuk menggantikan Neelofa, sebaliknya ia lebih kepada pengacara jemputan.


Ini dijelaskan sendiri oleh Ezzah:

“Manalah tahu jika ada pengacara tetap yang bercuti atau ada hal yang tak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya adalah juga pengganti. Kontrak untuk dua pengacara Nona sebelum ini sudah pun diperbaharui. Jadi mana mungkin ada bakal menggantikan sesiapa.”

Ha, itulah perkara yang sebenarnya. Apa pun, peminat Neelofa boleh menarik nafas lega kerana dia masih terus mengacarakan Nona selepas ini.

Kepada peminat Fazura, jangan risau. Kami yakin suatu hari nanti pelakon ini akan kembali semula ke bidang pengacaraan yang pernah menjadi ‘makanan’nya suatu ketika dahulu.

Oleh: ELZA
0 Komentar untuk "Penerbit NONA Jelaskan Fazura Ditawar Pengacara Jemputan, Bukan Ganti Neelofa"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info