ShareThis to the world!

Dua beranak dikhuatiri lemas

NIBONG TEBAL: Seorang anggota polis dan anak lelakinya dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Tanjung Berembang dekat sini, kira-kira 6 petang semalam.
Kejadian itu disedari seorang lelaki yang berada di kolam udang berhampiran kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian itu.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan memulakan operasi mencari kira-kira jam 7.15 petang namun dihentikan 15 minit selepas itu kerana cuaca mulai gelap.

Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat berkata, operasi mengesan dua mangsa yang dikhuatiri lemas itu akan diteruskan kira-kira jam 7 pagi esok.
Foto
ORANG kampung bersama anggota bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari dua orang yang dipercayai lemas. FOTO Ramdzan Masiam

sumber:hmetro.com
0 Komentar untuk "Dua beranak dikhuatiri lemas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info