ShareThis to the world!

Karpal Dakwa Mercedes Harga Ratusan Ribu Adalah Hadiah Tahun Baharu



KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh mengakui kerajaan Pulau Pinang membelikan kereta Mercedes-Benz S300L bernilai hampir RM700,000 untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau bagaimanapun mendakwa, pemberian hadiah tahun baharu oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Guan Eng itu amat wajar berdasarkan status dan maruahnya selaku seorang Ketua Menteri.

“Tiada orang boleh mempertikaikan kemudahan ini. Beliau (Guan Eng) layak menerimanya memandangkan Pulau Pinang telah berkembang dengan hebat dibawah kepimpinannya sejak tahun 2008,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

SiakapKeli sebelum ini mempersoalkan tentang Guan Eng yang akan mula menggunakan Mercedes-Benz S300L sedangkan beliau selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) amat boros.

Karpal seterusnya mendakwa, meskipun nilai pasaran kereta tersebut RM657,218, kerajaan Pulau Pinang cuma membayar RM298,263.75 untuk kereta Guan Eng tersebut selepas pengecualian bayaran duti dan diskaun sebanyak RM100,000.

Beliau turut mendakwa, nombor pendaftaran PG1 kereta berkenaan memang diperuntukkan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang meskipun beliau berpendapat nombor pendaftaran P1 lebih sesuai.



sumber: siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Karpal Dakwa Mercedes Harga Ratusan Ribu Adalah Hadiah Tahun Baharu"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info