ShareThis to the world!

Kim, Kanye Hadiahkan Mini Lamborghini Utk North



Apa sahaja untuk intan payung mereka seorang!

Bertuah sungguh anak perempuan pasangan popular Kim Kardashian dan Kanye West iaitu North West yang telah dihadiahkan sebuah kereta mini Lamborghini sempena perayaan Krismas, minggu lalu.

Kim berkongsi gambar itu di laman Instagramnya dengan kapsyen, “like father like daughter”.

Pasangan itu menyambut Krismas di rumah ibu Kim, Kris Jenner.

Selain itu, Kim juga dikejutkan oleh tunangnya itu dengan pemberian beg berjenama mewah, Hermes Birkin yang direka khas dengan lukisan pelukis George Condo yang memaparkan imej empat orang berbogel.


Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Kim, Kanye Hadiahkan Mini Lamborghini Utk North"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info