ShareThis to the world!

Malaysia Jadi Trending Gara-Gara Isu Kangkung



Gara-gara isu kangkung, kini nama Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia, apabila portal berita antarabangsa BBC menyiarkan isu tersebut menerusi portal mereka, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penurunan harga sayur kangkung yang menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.

Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, mungkin penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat kita.

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Malaysia mula menjadikan isu itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Banyak lawak sinis mengenai kangkung dibuat di laman sosial seperti Facebook, Youtubedan menjadi trending topic di Twitter.

Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka kangkung dan juga sebuah Facebook Page ’Kangkung’ didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai.

Malah, terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan mencetak tshirt Keep Calm and Eat Kangkung yang dikatakan sudah mula dijual di pasaran.

Hmm, Malaysia menjadi trending kerana sayur kangkung, perlu berbangga atau tidak ya?

Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Malaysia Jadi Trending Gara-Gara Isu Kangkung"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info