ShareThis to the world!

Syuk Balas Enggan Berlawak Lucah Lagi



Jika anda mengikuti program Maharaja Lawak dari dahulu lagi, pastinya anda mengenali kumpulan pelawak baru yang digelar Balas.

Salah seorang anggotanya iaitu Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar kini sudah pun menyertai kumpulan SYJ berentap dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013).

SYJ turut dianggotai oleh pelawak senior Yassin dan juga ratu parodi, Jihan Muse dan kini kehebatan kumpulan SYJ mula diberi tumpuan oleh ramai pihak.

Ini kerana mereka sentiasa konsisten dengan lawak-lawak yang dipersembahkan sejak minggu pertama MLM 2013 lagi.

Syuk yang sebelum ini cukup sinonim dengan lawak berunsurkan lucah dan ‘double meaning’ sudah pun berjanji tidak akan lagi menyelitkan lawak yang berunsur sedemikian untuk membuatkan orang ramai ketawa.

“Saya sebenarnya sudah angkat sumpah untuk tidak mengeluarkan lawak lucah lagi. Memang saya akui ramai yang tidak suka. Alhamdulillah, dalam SYJ saya banyak belajar dengan Yassin dan Jihan untuk lebih berhati-hati ketika melawak di atas pentas,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Mereka juga mengakui semakin hari semakin serasi bergandingan bersama dan kini masih lagi bersaing untuk merebut takhta juara MLM 2013 bersama Sepahtu, Jambu, Shiro, Bocey, Wala dan Comey.

Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Syuk Balas Enggan Berlawak Lucah Lagi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info