ShareThis to the world!

Parah dihempap TV

Gelang Patah: “Anak-anak yang meninjau dapur selepas terdengar bunyi kuat terkejut melihat televisyen 29 inci menghempap kepala Qistina hingga hidung, mulut dan telinganya berdarah.
“Melihat keadaan cemas itu, keluarga terus membawa Qistina ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” kata Mohd Nor Hizam Abdul Halim, 40, bapa kepada Nurul Qistina Farrah Aivienna, 6, yang parah akibat dihempap televisyen di dapur rumah ibu kanak-kanak itu di Taman Sri Pulai, di sini, kelmarin. 
Mohd Nor Hizam berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam, Qistina mungkin memanjat kabinet televisyen kerana ingin membuka suis lampu sambil berpaut pada televisyen berkenaan. 

Katanya, dia percaya ketika cuba menuruni kabinet itu, televisyen berkenaan terjatuh lalu terhempap kepalanya.
Foto
QISTINA retak tulang tengkuk akibat dihempap televisyen 29 inci.

Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu mengalami gegaran otak dan retak tulang tengkuk.

sumber:hmtero.com
0 Komentar untuk "Parah dihempap TV"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info