ShareThis to the world!

Suspek berbalas tembakan dengan polis diburu

GERIK: Polis menemui sepucuk raifal M16 dan beberapa parang dalam sebuah keteta yang ditinggalkan di Kilometer 24 Jalan Timur Barat Grik-Jeli di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sebelum penemuan senjata berkenaan, sepasukan polis yang menjalankan Op Cantas Khas mendapat maklumat berhubung sebuah kereta yang dipandu secara melulu dan dalam keadaan mencurigakan. 
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bertindak berdasarkan maklumat berkenaan, pasukan Ops Cantas Khas cuba mengejar dan menahan kenderaan terbabit yang dipandu seorang lelaki itu, namun suspek bertindak menecut laju keretanya. 

"Selepas beberapa minit dikejar, suspek memberhentikan keretanya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

"Pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemui sepucuk raifal M16 yang sudah dileraikan dan beberapa parang dalam kenderaan terbabit," katanya ketika dihubungi.


sumber:hmetro.com
0 Komentar untuk "Suspek berbalas tembakan dengan polis diburu"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info