ShareThis to the world!

Wanita Tuntut Sperma Tunang Yang Sedang Nazak



TIDAK pasti kerana cinta atau harta, seorang wanita berusaha menuntut sperma tunangnya yang sedang nazak di Mahkamah Tinggi London.

Mengikut undang-undang yang telah diperuntukan, sperma tidak boleh diberikan tanpa kebenaran individu itu.

Wanita yang dikenali sebagai AB itu berkata, dia mahu menyimpan sperma tunangnya, P, dan akan digunakan pada masa akan datang bagi mendapatkan anak yang juga pewaris lelaki itu.

P merupakan seorang pelabur bersara yang kaya dan telah diserang sakit jantung sebanyak empat kali.

Dia dijangka tidak mampu bertahan kerana penyakitnya itu dan boleh meninggal dunia bila-bila masa sahaja.

Peguam AB berkata, pasangan itu sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan kerap kali berbincang mengenai perkahwinan dan anak.

Wanita itu juga percaya jika tunangnya sedar mengenai apa yang berlaku, dia pasti memberi keizinan kepadanya untuk mendapatkan sperma itu.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai dan keputusan menganai tuntutan itu belum dibuat oleh mahkamah.

Oleh: ELZA

Sumber asal: Daily Mail
0 Komentar untuk "Wanita Tuntut Sperma Tunang Yang Sedang Nazak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info