ShareThis to the world!

Anwar Ibrahim Ligat, BN Masih Lesu.. Kenapa?



PILHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang telah ditetapkan akan berlangsung pada 23 Mac depan dengan hari penamaan calonnya ditetapkan pada 11 Mac depan.

Belum pun bermula hari kempen jentera Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin oleh Pengarah Pilihan Raya mereka iaitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun bergerak ke segenap pelusuk kawasan Dun N25 Kajang bagi menemui penduduk dan pengundi di sana.


(Jadual program Anwar bertemu dengan pengundi dan penduduk Kajang dipromosikan di laman blog beliau. Program diatur dari pagi sehingga ke malam di pelbagai tempat di sekitar Kajang)

Barisan Nasional (BN) sebelum ini sudah memaklumkan tidak akan memberi laluan mudah kepada calon PR yang telah diumumkan lebih awal iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, dengan baki hari sebelum menjelangnya penamaan calon tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi jentera pilihan raya BN kelihatan lesu dengan kurangnya jadual program bertemu penduduk dan juga program turun padang meninjau keperluan pengundi kawasan berkenaan.

Difahamkan keadaan di Kajang juga masih lengang dan sunyi daripada kemunculan bilik-bilik gerakan BN dalam usaha untuk mengekang impian Anwar untuk menang seterusnya berpeluang cerah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kerusi Kajang dimenangi oleh wakil PKR Lee Chin Cheh menewaskan wakil BN dari parti MCA Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.

Lee turut menewaskan empat calon lain termasuk tiga calon bebas dan satu dari parti Berjasa.

Bagaimanapun, biarpun tiada sebab yang munasabah Lee meletakkan jawatannya sebagai Adun Kajang baru-baru ini kononnya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada PRK kali ini, BN dilihat akan turut sama menghantar calon dari parti MCA namun keputusan mengenainya masih belum dibuat pucuk pimpinan BN.

Sempatkah BN untuk bertemu dan meyakinkan pengundi di Dun Kajang tentang strategiPKR yang menghabiskan wang semata-mata untuk diadakan pilihan raya sedangkan Anwar sudah lebih awal meracuni fikiran pengundi dengan cerita-cerita bohongnya.

Bukan sahaja di Kajang, Anwar sudah sempat menjelaskan beberapa perkara mengenai pilihan raya kecil Kajang kepada penyokongnya di Permatang Pauh, di Pulau Pinang.


Di situlah Anwar menjaja cerita pada mulanya bahawa ada rundingan dilakukan dalam PR untuk mengosongkan kerusi Dun Kajang tetapi apabila bertemu penduduk Kajang, Anwar kata tiada pula rundingan dilakukan.

Jadual program Anwar yang digelar Program Turun Padang Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Dun Kajang sudah pun dipromosikan hebat di laman blog dan twitter beliau tetapi di mana jadual dan program tinjauan dan bertemu pengundi oleh pemimpin BN.

Kalau adapun, tinjauan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau harga barang di Kajang.

Anwar sudah mula mengorak langkah berceramah untuk kemenangan di Kajang, tetapi BN masih lesu.. – KUMBANG WIRA



0 Komentar untuk "Anwar Ibrahim Ligat, BN Masih Lesu.. Kenapa?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info