ShareThis to the world!

Demi PRK, Anwar Pergi Mengadap ‘Ayahanda’ Kajang



Meskipun dikatakan kubu kuat Pakatan Rakyat, masih ada perasaan gayat di hati Anwar Ibrahim untuk memastikan kemenangan berpihak di tangannya pada PRK Kajang kelak.

Tak hairanlah, beliau kelihatan sanggup berbuat apa sahaja termasuk tiba-tiba menjadi peminat bola.

Selain itu ikhtiar lain yang didapati dijalankan Anwar adalah bertemu individu berpengaruh sekitar Kajang.

Sudah pasti, ini ada kena mengena dengan usahanya untuk mencuri hati individu terbabit dan para pengikut mereka.

Antara yang dikunjungi Anwar adalah Ayahanda Pekida Kajang, Datuk Dr Ujang Bagong di Sg.Kantan, Isnin lalu. Khabarnya pertemuan turut disertai aktivis-aktivis Melayu bergelar Paduka Ayahanda dan ayahanda-ayahanda kawasan lain.



Datuk Ujang yang merupakan ahli perniagaan dikenali sekitar Kajang sebagai seorang yang pemurah dan sering tampil dengan imej tersendiri iaitu berkopiah hitam serta memakai gelang dan rantai labuh.

Kedatangan Anwar turut diiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

REM RAMZI

Sumber: www.lusuka.com

0 Komentar untuk "Demi PRK, Anwar Pergi Mengadap ‘Ayahanda’ Kajang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info