ShareThis to the world!

Festival Layang-Layang Disertai 39 Negara



PASIR GUDANG – Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) kali ke-19 telah diadakan bermula Rabu lalu, 19 hingga Ahad, 23 Februari ini.

Acara tahunan berprestij ini diadakan di dua lokasi iaitu Bukit Layang-Layang,Taman Bandar dan Padang Perbandaran, Pasir Gudang, Johor.

Tema FLLSPG kali ini ialah ‘Festival Di Laman Angin’,dimana layang-layang akan dihasilkan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan akan dipamerkan di arena antarabangsa.

Apa yang uniknya adalah layang-layang berwarna-warni ini tidak diterbangkan tetapi sebaliknya diletakkan di atas padang serta dibiarkan ditiup angin secara semulajadi.

Pesta permainan layang-layang ini telah diperakui sebagai antara lokasi permainan terbaik dalam sirkit festival layang-layang sedunia berdasarkan penyertaan 900 peserta daripada 39 buah negara termasuk Malaysia.

Antara negara yang memeriahkan acara pada pesta tahun ini adalah China, Indonesia, Jerman, Perancis, England, Ukraine dan Denmark.

FLLSPG 2014 ini melibatkan kerjasama di antara tiga pihak iaitu di Pasir Gudang, Johor, Alor Setar, Kedah dan Satun, Thailand.

Acara tahunan ini turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak termasuklah KFC Malaysia dan Johor Corporation.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuh meriahkan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-19 ini bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk mengalami sendiri keseronokannya!

Oleh: Sara Khalid
0 Komentar untuk "Festival Layang-Layang Disertai 39 Negara"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info