ShareThis to the world!

Foto Bersama-Sama Kedua Isteri … Bukti Kebahagiaan Rumah Tangga Ashraf



Nama aktor Ashraf Muslim pernah tercalar tahun lalu apabila dirinya dicemuh kerana mendirikan perkahwinan kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.

Selepas itu, ramai pula peminat berpendapat bahawa Ashraf kini lebih memberikan perhatian kepada isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi memandangkan isteri keduanya itu sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka.

Namun, demi memadamkan mulut-mulut orang yang berkata mengenai rumah tangganya, Ashraf menunjukkan hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua isterinya dengan bergambar bersama sebelum dirinya terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah, yang dikongsikannya di laman Facebook, semalam.


Rasanya, kita sebagai orang luar wajar mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka daripada terus menerus menuduh Sakinah sebagai perampas dan sebagainya kerana sudah terbukti hubungannya dengan isteri pertama Ashraf sangat baik dan mesra.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Foto Bersama-Sama Kedua Isteri … Bukti Kebahagiaan Rumah Tangga Ashraf"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info