ShareThis to the world!

Insiden Larkin: Polis Telah Rakam Tidak Kurang Dari 15 Percakapan – KPN



KUALA TERENGGANU – Susulan insiden ketika pertemuan pasukan JDT dan T Team Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu berikutan laporan polis yang dibuat oleh kedua dua pihak.

Sehubungan itu,beliau meminta orang ramai terutamanya penyokong supaya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis serta tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi.

Menurutnya,beberapa individu sudah dipanggil dan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Kita telah pun mula merakam percakapan, tidak kita telah merakam tidak kurang daripada 15 percakapan. Jadi jangan membuat apa apa spekulasi. Biarkan pihak kita buat siasatan dan apa yang saya seru di sini adalah penyokong-penyokong bersabar dan tidak mengambil apa apa tindakan yang melanggar undang undang.”

Beliau berkata demikian selepas menandatangani MOU antara PDRM dan UniversitiMalaysia Terengganu.

Susulan insiden Sabtu itu, penyerang import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo tampil membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 11.30 malam pada Ahad.

Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun dan jurulatih kecergasan T-Team itu mendakwa dikasari pengurusan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan pusingan kedua piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu malam.

JDT kemudiaannya membuat laporan pada Selasa melalui peguam pasukan itu.

Jawatankuasa pertandingan tempatan (JKPT) yang bakal bermesyuarat Khamis akan membincangkan laporan daripada komisioner , pengadil, serta koordinator perlawanan kedua-dua pasukan untuk tindakan lanjut.


sumber: Siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Insiden Larkin: Polis Telah Rakam Tidak Kurang Dari 15 Percakapan – KPN"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info