ShareThis to the world!

Jika Anwar kalah di Kajang, lupakanlah PRU14

  • Tony PuaTony Pua
 1 / 1 
SUBANG JAYA - Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menyifatkan  bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dun Kajang adalah penyambung hayat kepada PR menjelang PRU14.

Menurut Tony, medan PRK Dun Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya, namun jika Datuk Seri Anwar kalah di Dun tersebut, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya.

"PRK Dun Kajang adalah batu lonjatan untuk PR.

"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.

"...kerana kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, kita 'terpaksa' lupakan PRU14, Ubah dan sebagainya," katanya ketika Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya hari ini.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Susulan daripada itu, PKR menerusi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini  mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon baru di Dun tersebut.



sumber:sinarharian.com

Related Post

  • Keluar jel tubuh geng Seremban: Dua suspek yang baru dibebaskan dari penjara Ogos lalu kerana terbabit dalam kes pecah rumah didapati tidak…
  • Remaja mabuk sampai ke Paris London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket pe…
  • Tuhan Harun akhirnya tewasLedang: Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Ba…
  • Artis / Pelakon Wanita Bergaduh Di PWTCLol Ingat kan betui2 la depa ni gaduh rupa nya berlakon jer... ehehhe...  …
  • Masa Raja sudah habis! Kuala Lumpur: Masa sudah tiba buat jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal untuk berundur selepas kegagalan Harimau Ma…
0 Komentar untuk "Jika Anwar kalah di Kajang, lupakanlah PRU14"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info