ShareThis to the world!

Nabil Dikecam Gara-Gara Aibkan Luna Maya



Kalau sesiapa berkesempatan menyaksikan program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) pada minggu separuh akhir yang berlangsung di Johor Bahru, Jumaat lalu, pasti anda tahu kontroversi yang menimpa Nabil Ahmad pada masa ini.

Nabil dikatakan tidak mempunyai sensitiviti dengan lawak yang dipamerkannya apabila dengan beraninya mengaitkan kisah silam salah seorang juri tetap rancangan itu yang berasal dari Indonesia, Luna Maya


Lantas, Nabil teruk dikecam sesetengah peminat program tersebut yang menyifatkan perbuatannya itu sangat biadap apabila memalukan seseorang di khalayak umum.

Bercakap mengenai perkara itu, Nabil menjelaskan di portal Ohbulan dengan berkata, “saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya google nama Luna Maya, saya jumpa gambar”.

“Saya bukan nak hina dia sebaba saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa,” ulasnya.

Berdasarkan penjelasan Nabil itu, peminat mula mengandaikan seolah-olah dia mengakui gambar kontroversinya satu masa dahulu adalah benar dan asli.

Ini kerana pada masa gambarnya itu hangat dan riuh di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan, Nabil bermati-matian mengatakan gambarnya bersama seorang pelakon wanita itu telah diedit atau superimpose


Tak pasal-pasal kantoi dah Nabil oi..

Lain kali, kalau nak berlawak boleh, cumanya janganlah keterlaluan sehingga aib orang lain dibuka sama.

Bak kata Jep Sepahtu dalam satu lawaknya, “biar tak lawak, asalkan jangan biadap”




sumber: siakapkeli.com

0 Komentar untuk "Nabil Dikecam Gara-Gara Aibkan Luna Maya"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info