ShareThis to the world!

Persembahan Bruno Mars Ditonton 115.3 Juta Peminat


Persembahan Bruno Mars Ditonton 115.3 Juta Peminat
Dikenali dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa serta melodi yang boleh katakan, ‘evergreen’, Bruno Mars sekali lagi mencipta sejarah apabila persembahannya di Superbowl Halftime Show 2014 ditonton lebih 115.3juta penonton.
Disertakan dengan pertunjukan cahaya, Bruno merupakan artis paling muda yang pernah membuat persembahan pada malam berprestij itu telah menyampaikan lagu-lagu hits seperti ‘Locked Out of Heaven’ dan ‘Treasure’.
Dalam persembahan itu, Bruno turut memecahkan rekod beberapa artis yang pernah membuat persembahan di pentas yang sama iaitu Beyonce dan Madonna.
Persembahan Bruno Mars Ditonton 115.3 Juta Peminat
Aksi di Bruno Mars di Superbowl Halftime Show 2014
Membawa konsep ala 50an, Bruno membuat persembahan ketika separuh masa perlawanan antara Denver Broncos dan Seattle Seahawks sebelum persembahannya disertai oleh Red Hot Chili Peppers.
Lebih menarik, sebelum Bruno membuat persembahan, sebuah playback video ketika dia kecil dan berpakaian seperti Elvis Presley turut dimainkan dan mendapat jeritan yang memberansangkan dari penonton.
Anda semua pasti tertanya-tanya apa yang terjadi ketika acara itu berlangsung kan? Di sini OHBULAN! sertakan video persembahan Bruno di Superbowl Halftime Show 2014 baru-baru ini. Selamat menonton!
 
0 Komentar untuk "Persembahan Bruno Mars Ditonton 115.3 Juta Peminat"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info