ShareThis to the world!

Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop Era


Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop Era
Seperti yang umum tahu, sebentar tadi bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era yang dibanjiri berpuluh ribu penonton, lewat malam tadi.
Dengan mengangkat tema ‘Yang Hit, Yang Meletop’, buat julung kalinya Anugerah Meletop Era telah diadakan dengan menampilkan barisan artis-artis ternama tanah air.
Mempertandingkan 17 kategori, seperti yang dijangka, akhirnya anugerah itu menyaksikan pengacara dan pelakon popular, Zizan Razak menggondol empat anugerah iaitu Anugerah Top Top Meletop (Lelaki), Anugerah Fesyen Meletop, Anugerah Bintang Siber Meletop dan Anugerah WeChat Meletop.
Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop EraAksi Zizan sebaik sahaja diumumkan sebagai bintang ‘Top Top MeleTOP’ lelaki
Untuk pengetahuan semua, anugerah ini memberikan kuasa sepenuhnya kepada orang ramai untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Berikut adalah senarai penuh para pemenang di Anugerah Meletop Era sebentar tadi.
Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak
Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya
Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak
Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad & Nazira
Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak
Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya
Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era
Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad
Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz
Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012
Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)
Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster)
Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2
Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq
Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak





sumber:ohbulan.com
0 Komentar untuk "Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop Era"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info