Ketika kebanyakan bintang baru industri lakonan tanah air mula dikenali ramai menerusi watak baik, lain pula kisahnya dengan pelakon jelita Ramona Zamzam. Gadis berusia 23 tahun ini cukup menyerlah lakonannya dengan peranan antagonis.
Melonjak dengan watak hitam sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi yang kini ditayangkan semula di TV3 menerusi slot Azalea dan Damia (Cinta Jannah) juga di TV3 pada tahun lalu, cukup membuka ruang untuk Ramona menjadi tumpuan ramai.
Mula menceburi bidang lakonan pada usia 14 tahun, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam juga aktif dalam bidang peragaan.
Kata Ramona, pembabitannya dalam bidang seni sebelum ini tidaklah begitu serius kerana melanjutkan pengajian di menara gading.
Bagaimanapun, kira-kira dua tahun lalu dia mula serius untuk aktif dalam bidang seni dan kini dia enggan berpaling lagi. Walaupun sering disogok dengan karakter antagonis, namun apa yang pasti tawaran berlakon untuknya tidak pernah putus - Hmetro Online
ShareThis to the world!
Related Post
Gambar-Gambar Yang Sama Sekali Tak Patut Dikongsi Di Laman Cari Jodoh Hari ini, laman mencari jodoh atau ‘dating site’ sangat banyak di internet. Jika di Malaysia tidak terlalu banyak p…
Marah Sampai Sabotaj Wikipedia K Rajagopal? Nampaknya, harapan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sudah jelas ranap sama sekali bersama kekal…
(Gambar) Solat berjemaah atas jambatan kedua P.Pinang Gambar ini mungkin tiada dalam media perdana, agaknya tak sempat nak call pemberita suruh datang buat liputan. Itu y…
Gadis Tidak Bermoral, Mahu Lelong Dara BRAZIL – Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual `dara’ pada harga RM2 juta, sekali lagi memb…
Kaedah Kejam Untuk Dapatkan Bulu Arnab CHINA – Pendedahan mengenai industri bulu `angora’ di China amat mengejutkan bagi sesiapa yang menyaksikan imej yan…
0 Komentar untuk "Ramona Sedia Terima 'Gosip Panas'"