Tahun lalu, Qualcomm telah melancarkan satu aplikasi yang dikenali sebagai BatteryGuru yang berfungsi untuk meningkatkan hayat bateri telefon pintar anda.
Masih dalam peringkat beta, Snapdragon Glance memberi notifikasi pada skrin kunci supaya anda tidak lagi perlu menurunkan panel notifikasi seperti yang ditetapkan pada setiap peranti Android.
Aplikasi ini mengeluarkan notifikasi dari aplikasi yang anda sering gunakan serta panggilan telefon.
Namun jika anda tidak mahu menerima notifikasi dari mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon anda, Snapdragon Glance, membenarkan anda untuk menutup notifikasi bagi aplikasi tersebut.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma oleh mana-mana telefon pintar Android yang menggunakan sistem pemproses Snapdragon serta sistem Andoid versi 4.0 ke atas.
Namun, untuk mendapatkan aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi BatteryGuru terlebih dahulu.
Sumber: Lowyat
0 Komentar untuk "Terbaru: Notifikasi Untuk Skrin Kunci Android"