ShareThis to the world!

Tu Diaaa….Warga Putrajaya ‘Lunch’ Hanya Bayar RM5 Seorang



ORANG ramai menikmati hidangan menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, Presint 5.

Dengan bayaran serendah RM5, pengunjung restoran itu boleh menikmati makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman yang disediakan, antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, bermula hari ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata inisiatif yang digerakkan oleh PPj dengan kerjasama pengusaha restoran itu bertujuan membantu orang ramai khususnya penjawat awam yang bekerja di sini menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar bayaran yang cukup berpatutan.

Beliau berkata selain itu enam buah bas disediakan untuk berulang alik antara Dataran Putrajaya Presint 3 ke restoran berkenaan di Presint 5 untuk perkhidmatan pengangkutan percuma antara pukul 11 pagi dan 3 petang bagi kemudahan orang ramai berkunjung ke restoran itu.

Menurutnya setakat ini hanya restoran di Taman Seri Empangan itu sahaja yang menawarkan Menu 1Malaysia untuk makan tengah hari di sekitar Putrajaya, dan pihaknya amat mengalakkan lebih banyak restoran lain di sini mengambil bahagian dalam menawarkan menu berkenaan kepada orang ramai.



sumber: siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Tu Diaaa….Warga Putrajaya ‘Lunch’ Hanya Bayar RM5 Seorang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info