ShareThis to the world!

Arahan diterima 'tembak sampai mati'

  • Sabah dicerobohSabah diceroboh
 1 / 1 
KOTA KINABALU - Seorang anggota komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa menurut kefahamannya, arahan tembak sampai mati penceroboh bersenjata dalam operasi memintas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu juga bermaksud supaya membunuh penceroboh.
  
Sarjen Muhamad Sukeri Rejab berkata, dia dan pasukannya boleh bertindak sekiranya mendapati nyawa mereka berada dalam bahaya apabila bertembung dengan penceroboh.
  
Anggota komando itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N. Sivananthan dalam perbicaraan 30 orang yang dikenakan pelbagai pertuduhan bagi kesalahan berhubung pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas.
  
Sivananthan:
 Betul tak kalau saya katakan bahawa sekiranya seseorang penceroboh mengancam nyawa anda, maka anda bebas untuk menembaknya?
  
Mahamad Sukeri
: Ya, sekiranya penceroboh berkenaan membawa senjata seperti senjata api atau parang sambil menghunusnya kepada kami.


Sivananthan: Dengana kata lain, apabila arahan tembak diberi, bagi anda, anda akan tembak sampai mati?
  
Mahamad Sukeri:
 Ya.
  
Saksi ke-15 itu memberitahu mahkamah bahawa apabila dia dan pasukannya menembak dan membunuh tiga penceroboh yang bersenjatakan parang dalam operasi memintas di Kampung Tanjung Batu, ada kemungkinan terdapat penceroboh lain yang bersenjata berhampiran tempat itu.
  
"Kenapakah anda dan pasukan anda tidak menembak saja tiga lelaki berkenaan di bahagian kaki memandangkan mereka hanya membawa parang?
  
Mahamad Sukeri: "Saya tak tahu. Kesemua kami (anggota pasukan peronda Mahamad Sukeri) melepaskan tembakan. Insp Shahar Omar (ketua pasukan peronda) memberi arahan tembak".

Anggota komando itu memberitahu mahkamah bahawa dia dan pasukannya tentu akan memberi rawatan kepada ketiga-tiga penceroboh berkenaan sekiranya mereka masih hidup selepas ditembak.
  
Tetapi, katanya, selepas membuat pemeriksaan terhadap tiga penceroboh yang rebah ke tanah dalam jarak 20 kaki itu, dia dan pasukannya melihat tiada tanda-tanda yang mereka masih hidup.
  
Sivananthan: Tidakkah anda bersetuju bahawa sekiranya seseorang itu tidak sedar diri, satu-satunya cara untuk mengetahui sama dia masih hidup atau tidak ialah dengan memeriksa nadinya?
  
Mohamwed Sukeri:
 Saya tak setuju kerana saya lihat tiada tanda bernafas.
  
Bagaimanapun, anggota kopmando itu bersetuju dengan Sivananthan bahawa setelah dia dan pasukannya menembak tiga penceroboh terbabit, mereka tidak lagi bertembung dengan sebarang penceroboh, walaupun ada kemungkinan terdapat penceroboh lain di kawasan operasi mereka.
ABALU

Mahamad Sukeri tidak bersetuju dengan andaian peguam itu bahawa berikutan kematian dua anggota komando VAT69 dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac tahun lepas, sentimen umum dalam kalangan pasukannya, termasuk dirinya, ialah menembak sampai mati sesiapa sahaja yang kelihatan menyerupai penceroboh.
  
Sebanyak 33 tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga rakyat tempatan, dibicarakan dalam kes itu.
  
Sesetengah daripada mereka menghadapi pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, mencari anggota untuk kumpulan pengganas atau dengan sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
  
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.
  
Pendengaran di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.  - Bernama
0 Komentar untuk "Arahan diterima 'tembak sampai mati'"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info