Kuantan - "Makcik sedih sangat dengar berita ini (pesawat MH370 berakhir di selatan
Lautan Hindi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak).
"Makcik tak tau nak cakap apa lagi," kata Normah Jaafar, 50 an ibu kepada seorang
penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Khairul Amri Selamat,29.
Ketika dihubungi, di sini, semalam, Normah yang berada di rumahnya diKerayong
Makmur, Bera, kedengaran menangis teresak-esak dan menyatakan kesedihannya
kepada wartawan mengenangkan nasib anaknya,Khairul Amri yang menaiki
pesawat itu ke Beijing, China, 17 hari lalu untuk menjalankan tugas membaiki sebuah
pesawat di sana.
"Terima kasih kerana menghubungi makcik dan bersimpati atas apa yang terjadi,
makcik tidak tahu nak cakap apa lagi,bagi makcik masa dulu," katanya mengakhiri
perbualan.
Harian Metro difahamkan, wanita itu akan ke Kuala Lumpur ditemani seorang anaknya
untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pengumuman dibuat Perdana Menteri.
Laporan asal -Mymetro
0 Komentar untuk "Makcik Sedih Sangat Dengar Berita Ini "