SHAH ALAM – Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi akibat Leukimia.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.
Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.
sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "SEGERA: Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia Akibat Leukemia"