ShareThis to the world!

PANAS !! Berpisah Dengan Fiza - Adam AF2 Minta Beri Penjelasan ...


Apabila gosip perpisahan antara Adam AF2 dan Fiza Elite bertiup kencang kira-kira 6 bulan yang lalu , ramai peminat yang berteka-teki apakah ia gosip sahih atau sekadar cerita hangat artis yang disensasikan. 

Ini kerana, Adam mahupun Fiza sendiri telah menafikan yang rumahtangga mereka bergoyang gara-gara cemburu disebabkan Fiza secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak. 

Bukan setakat cemburu, malah Adam turut didakwa mengungkit kisah lama hingga Fiza sehingga meninggi suara. 


Teka-teki itu bertambah panas apabila laman sosial Adam dan Fiza sekarang tidak langsung memuatkan gambar pasangan masing-masing. Gambar Fiza tanpa Adam, gambar Adam pula tanpa Fiza. Ia ibarat kes Erra Fazira dan Engku Emran yang akhirnya sampai ke penghujung jalan...


Dan dikesempatan media bertemu dengan Adam di pra tonton filem Bahaya Cinta, di TGV One Utama, Petaling, Selangor kelmarin, Adam bagaimanapun memohon diberi sedikit masa untuk mengumumkan kedudukan status rumah tangganya dengan Fiza. 



"Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami. 


"Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,” katanya ringkas. 



Menurut penyanyi dan pelakon itu, dia juga mengakui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk akan dapat dihidu oleh media dan masyarakat. 


"Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian," katanya yang turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya isu tersebut. 



Untuk rekod, Adam atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkahwin dengan Fiza (Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim) pada 26 September 2013. Perkahwinan tersebut adalah yang pertama bagi Adam manakala ia adalah yang kedua buat Fiza yang mempunyai dua cahaya mata. 


Mari kita bersama-sama doakan yang terbaik buat mereka! 


0 Komentar untuk "PANAS !! Berpisah Dengan Fiza - Adam AF2 Minta Beri Penjelasan ..."

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info