Pastinya sebelum ini Emma Maembong dikatakan telah memaksa Zizan Razak meluahkan ucapan cinta (Saya sayang Emma) melalui video yang melucukan, terbaru Zizan akhirnya mengakui bakal berkahwin dengan Emma pada Januari 2015.
"Kami mula serius atau dalam erti kata lain ‘declare’ sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment.
"Soal kahwin, insya-Allah bulan Januari 2015. Ini kerana kami perlu melihat segala kontrak yang kami ada dahulu," ujar Zizan ringkas.
Untuk makluman peminat semua, Emma yang ditanya mengenai video itu mengakui memang suka merakam saat-saat comel mereka berdua untuk kenang-kenangan. Bagaimanapun, dia menolak dakwaan yang dia memaksa atau mahu menunjuk-nunjuk.
"Tidak salah rasanya saya nak rakam atau kongsikan apa saja mengenai kami asalkan tidak melampui batas dan menjaga tingkah laku," jelas Emma dipetik sebagai berkata.
0 Komentar untuk " SENSASI !! AWAL 2015 'SAH' PERKAHWINAN ZIZAN & EMMA..."