gambar hiasan
HUTAN MELINTANG - Seorang gadis yang juga Orang Kurang Upaya (OKU)
bukan sahaja menjadi tempat melampiaskan nafsu bapa saudaranya sendiri
malah turutmengandung lapan bulan hasil hubungan terlarang itu.
Suspek yang merupakan seorang gelandangan itu melakukan perbuatan
Suspek yang merupakan seorang gelandangan itu melakukan perbuatan
terkutuk terhadap gadis berusia 24 tahun itu di sebuah kebun kelapa di
Kampung Tebuk Pangkor, Batu 23, Selekoh, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang
berkata, pada 31 Mac lalu kira-kira 3 petang, ketua kampung di-
maklumkan oleh adik mangsa yang kakaknya mengandung walaupun
belum berkahwin.
Menurutnya, ketua kampung kemudiannya bertanya mengenai
dakwaan tersebut kepada mangsa dan gadis itu memberitahu telah
melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya sebelum satu
laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.
“Mangsa tidak mengetahui bila kejadian itu hanya mengingati ia
berlaku pada waktu tengah hari apabila suspek datang berjumpanya
dan memberikan wang sebanyak RM2 sebelum mengajaknya
melakukan hubungan seks di kebun.
“Mangsa yang terencat akal mengikut suspek masuk ke kebun dan
“Mangsa yang terencat akal mengikut suspek masuk ke kebun dan
melakukan hubungan seks,” katanya.
Kok Liang berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan
Kok Liang berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan
dan doktor mengesahkan gadis itu mengandung lapan bulan.
Jelasnya, suspek yang berusia 50 tahun berjaya ditahan anggota polis
Jelasnya, suspek yang berusia 50 tahun berjaya ditahan anggota polis
di Batu 23, Jalan Bagan Datoh, Selekoh.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan hasil
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan hasil
ujian air kencing pula mendapati suspek negatif dadah,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, bapa mangsa yang merupakan pengadu
Beliau berkata, bagaimanapun, bapa mangsa yang merupakan pengadu
ketika itu menarik semula laporan polis dibuat bagi kes berkenaan.
0 Komentar untuk "Pemuas nafsu bapa saudara, hamil 8 bulan"