ShareThis to the world!

Banyak Terima Lamaran, Noniswara Enggan Jadi Isteri Kedua

Wow. Walaupun sudah berusia 45 tahun dan gagal 2 kali dalam perkahwinan, saham Noniswara nampaknya masih tinggi di kalangan lelaki. Itulah kelebihan apabila seorang wanita pandai menjaga penampilan dan sentiasa tampil menawan. Secara ikhlas, Noniswara nampak jauh lebih muda berbanding usianya. Sekali pandang, memang boleh jatuh cinta dibuatnya. Tak gitu?
noniswara
Rupa-rupanya selepas perkahwinannya dengan Datuk Rosman Ridzwan berakhir dengan perceraian, banyak lamaran yang telah diterima oleh Noniswara. Namun semuanya ditolak kerana status yang bakal dikecapi bukanlah isteri pertama sebaliknya isteri kedua atau ketiga.  Katanya menerusi Kosmo:-
Ramai juga yang memberi lamaran, ada yang telah siapkan rumah, kereta dan sebagainya untuk saya hidup senang. Mereka terdiri daripada orang berpangkat, ahli politik dan ahli perniagaan tetapi saya tolak bulat-bulat kerana semuanya suami orang.
Buat apa saya ganggu kehidupan orang lain. Kalau mahu hidup senang, boleh sahaja saya terima lamaran untuk jadi isteri kedua atau ketiga, tetapi anak saya berpesan dia tidak perlukan duit tetapi dia mahu lihat saya bahagia. Saya juga tidak kejar harta sebaliknya mencari lelaki yang benar-benar sayangkan saya serta anak-anak.
noniswara
Ditanya sama ada serik untuk berkahwin kerana telah bercerai 2 kali, Noniswara menjawab:-
Saya tidak serik untuk berkahwin kerana saya inginkan kebahagiaan tetapi lebih berhati-hati. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum mempunyai calon suami. Masih dalam proses pemilihan siapa yang terbaik (ketawa). Jika ada jodoh mungkin tahun hadapan saya akan berkahwin. Sekarang fokus saya pulihkan kesihatan dan menjaga anak-anak sahaja.
Saya tidak kisah, jika lelaki muda tetapi matang apa salahnya. Kematangan itu bukan pada usia. Jika lelaki tua yang datang melamar dan serasi dengan saya pun apa salahnya. Jodoh itu kerja Allah, siapa saya untuk menolak jodoh yang diberikan. Sebagai hambanya, saya hanya mampu berdoa diberikan jodoh yang terbaik.
noniswara
Jadi kalau anda seorang lelaki yang masih bujang atau duda, anda berpeluang untuk menjadikan Noniswara suri rumah anda. Yang penting kematangan harus ada. Tak kaya pun tak apa. Apa pun semoga Noniswara bertemu jodoh yang dicari secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan.






SUMBER:beautifulnara.com
0 Komentar untuk "Banyak Terima Lamaran, Noniswara Enggan Jadi Isteri Kedua"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info