Untuk makluman, suami Zarina bernama Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan mereka nikah ketika usia Zarina 22 tahun. Seperti yang kita sedia maklum, Zarina merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Dr. Abdul Raihan dan madunya bernama Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor.
Menurut Zarina, sebelum hasratnya yang ingin berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan, dia sendiri telah pergi meminta izin daripada isteri pertamanya.
"Berlaku salah faham tentang hasrat saya untuk berpoligami apabila saya sendiri yang meminta kebenaran berkahwin daripada Noorhashimah pada peringkat awal dulu. Apabila Datin Seri terima, saya bersyukur dan pada waktu itu saya berjanji untuk menjadi madu dan isteri yang baik.
"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya yang terdedah dengan publisiti. Syaratnya saya tidak membabitkan mereka berdua.Saya bersyukur dapat bermadu dengan Noorhashimah yang banyak mengajar saya cara berniaga,"ujar Zarina dipetik sebagai berkata.
Tahniah Zarina kerana berterus-terang! - Myartis
0 Komentar untuk "jom lihat 10 gambar suami dan madu Zarina Zainudin"