Sememangnya ramai yang terkejut apabila bekas suami Abby Abadi, Farhan tampil di media dan memaklumkan mengenai penderaan yang terjadi kepada dirinya. Malah Farhan turut mengepilkan laporan polis beserta gambar luka-luka pada badannya sebagai bukti. Malah di H!Live semalam pun, jelas terang Farhan menceritakan bagaimana dirinya didera secara emosi dan fizikal oleh Abby Abadi.
Media CBS yakin ramai yang tidak percaya dengan dakwaan penderaan ini. Iyerlah, takkanlah seorang wanita seperti Abby sanggup melakukan perkara tak elok sebegitu terhadap suami sendiri. Menerusi akaun Instagramnya, Abby tampil mendedahkan mesej Farhan yang mendakwa kenyataannya diputar belit media. Hmmmmm.
Abby Abadi turut menegaskan tiada sebarang penderaan yang telah dilakukan olehnya kepada Farhan. Tulis Abby:-
Assalamualaikum Sahabat2ku… Bersedia utk Maghrib Jom! Sebelum tu pd yg menghentam/ mencaci maki Sy ikut selera masing2 tu.. ni msg dr Farhan. Ini yg terakhir Sy nk jelaskan yg tiada berlaku penderaan ke atas dia ye… TIADA. Ambil wudhuk awal jom…Sejukkan hati tu….. Hari ni hari Sy… Esok2 hari siapa pun kita taktahu lagi kan? Jadi beringat2lah k. Seronok sangat dengan apa yg menimpa org lain tu, kalau awk tertimpa pulak nnti mcmana?Apapun keadaan, Sy tetap sayangkan dia kerana dia pernah membahagiakan Sy. Bukan ini yg Sy inginkan… Doakan yg terbaik utk masa depan kita semua ye….. Akhir zaman! Segalanya berkemungkinan
Tak tahu nak cakap pihak mana yang betul. Namun kebenaran itu tak penting bagi kita. Yang penting kita doakan Abby dan Farhan bahagia selepas ini. Mungkin boleh tutup buku sepenuhnya dan tidak lagi bercerita mengenai perkahwinan anda. Sama-sama ada buat salah dan sama-sama ada buat betul. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita.
SUMBER:BEAUTIFULNARA.COM
0 Komentar untuk "Abby Abadi Dedah Mesej Farhan Mohon Maaf Mengenai Dakwaan Dera"