ShareThis to the world!

Berkemungkinan Dipenjara Seumur Hidup Akibat Selamatkan Itik



Tindakan mulia seorang wanita dari Kanada berusia 25 tahun, Emma Czornobaj menghentikan kenderaannya di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik mungkin membawa padah kepadanya.

Emma didapati bersalah di atas kesalahan yang dilakukannya empat tahun lalu itu dan berkemungkinan besar bakal dipenjarakan seumur hidup.

Ini kerana tindakan melulunya itu telah membawa kepada kematian tragik dua beranak yang menunggang motosikal iaitu Andre Roy, 50, dan Jessie, 16, yang mengekori belakang keretanya sebelum Emma bertindak menghentikan kenderaan miliknya secara melulu di tempat kejadian.

Namun pihak pembelaan merayu kepada mahkamah agar mengurangkan hukuman terhadap Emma kerana tindakannya berhenti secara melulu adalah disebabkan rasa kasih dan prihatinnya terhadap binatang.
Selain itu, pihak pembelaan juga mengatakan sekiranya Andre memandu dengan kelajuan yang ditetapkan, pasti tidak berlaku kematian kerana dipercayai si mati memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan di sana.

Pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian ini adalah sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengambil kira segala aspek keselamatan sebelum bertindak menjadi ‘hero’ yang akhirnya membawa kepada kematian orang lain. 

emma2
sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Berkemungkinan Dipenjara Seumur Hidup Akibat Selamatkan Itik"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info