Kalau ditanya bubur lambuk manakah yang paling dinanti-nantikan warga kota Kuala Lumpur, pastinya pantas sahaja mulut mereka menjawab bubur lambuk Kampung Baru yang sememangnya sinonim dengan bulan Ramadan.
Ramai yang rela beratur sepanjang-panjangnya demi menikmati sebungkus bubur lambuk yang dikatakan sangat enak jika dibandingkan dengan bubur lambuk dari mana-mana tempat.
Malah Masjid Kampung Baru di mana bubur lambuk tersebut dimasak juga pernah mencipta nama dalam Malaysia Book of Records bagi acara memasak bubur lambuk terbesar sebelum ini.
Ribuan bungkusan bubur lambuk yang mempunyai aura lain macam ini kebiasaannya akan mula diedarkan selepas solat Asar pada setiap hari di bulan Ramadan.
sumber:- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Bubur Lambuk Kampung Baru Tetap Jadi Pilihan Warga Kota KL"