ShareThis to the world!

GAMBAR: SANGGUP TIDUR LUAR BUTIK DEMI TUDUNG FAREEDA

Di sebalik pelbagai kontroversi yang menyelubungi tudung Fareeda terutama pertikaian tentang tudung yang dikatakan singkat dan tidak memenuhi syariat, jenama ini terus gah menempa nama di negara ini.

Malah tak keterlaluan dikatakan, minat terhadap tudung ini mencetuskan fenomena yang biasanya hanya berlaku apabila jenama terkemuka dunia seperti Apple atau Samsung melancarkan produk baharu.

Bayangkan demi mendapatkan koleksi terbaru Fareeda, ada yang sanggup tidur di luar butik dan beratur dari pagi sampai ke petang. Dan oleh sebab ruang butik yang terhad tetapi pelanggan terlalu ramai, sistem angka giliran terpaksa diperkenalkan. Ya, sampai begitu sekali!

Berikut antara komen pelanggan Fareeda sekaligus membuktikan kesanggupan sesetengah wanita beratur dan menunggu berjam-jam demi mendapatkan tudung jenama ini:







Situasi ini pula bukan hanya melanda di Bandar Baru Bangi tapi di semua butik Fareeda termasuk di Kelantan dan Pulau Pinang.

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang tidak biasa pasti melopong melihat kegilaan peminat tudung ini.





Paling tak tahan, ada yang sanggup sampai tidur di luar butik semata-mata mahu jadi orang terawal mendapatkan tudung terbaru jenama ini!



Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fareeda kerana berjaya mencetuskan fenomena tersendiri di negara ini.

Ia menjadi bukti produk yang bagus akan ‘bercakap dengan sendiri’ dan inilah yang dibuktikan oleh tudung Fareeda yang sentiasa tampil dengan rekaan segar dan tersendiri.

Sumber: AANS1BLOGSPOT.COM
0 Komentar untuk "GAMBAR: SANGGUP TIDUR LUAR BUTIK DEMI TUDUNG FAREEDA"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info