Ibu kepada seorang lelaki berusia 22 tahun yang sudah ke Syria untuk menyertai jihad di sana memerangi rejim Presiden Syria Bashar al-Assad, menyeru kerajaan melakukan sesuatu menghalang lebih ramai belia muda ke sana.
“Dia sebenarnya tidak memahami erti jihad sebenar, dia sudah terpengaruh dengan beberapa pihak tertentu,” kata Rozini Talib.
Beliau berkata dalam laporan laman web StraitsTimes.com. Rozini berkata anaknya telah meninggalkan negara ini dan berlepas ke Syria bersama Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang turut dipercayai berfungsi sebagai pengebom bunuh diri.
Wanita itu yang hanya seorang suri rumah, berkata anaknya kini menggunakan nama Salman Al Farisi kali terakhir berhubung dengan keluarganya pada 15 Jun lepas.
Beliau turut tidak tahu, Salman menyertai kumpulan jihad mana dan juga siapa rakan-rakannya di sana.
Pada temubual itu, Rozini enggan mendedahkan nama anaknya tetapi, memanggil Salman dengan panggilan “Along” kerana dia merupakan anak sulung dalam keluarga, atau nama panggilannya Syafiq.
Dalam satu lagi laporan New Straits Times pada 23 Jun lepas. Rozini berkata apa faedahnya anaknya pergi ke Syria sedangkan beliau berendam air mata menantikan kepulangan anaknya itu setiap hari?
Kini, wanita itu kerap keluar masuk hospital menerima rawatan kerana kesihatan jantungnya. Menurutnya, Salman memberitahunya keputusan untuk ke Syria pada penghujung Februari lepas untuk menyertai satu misi kemanusiaan, dan tidak pulang sejak itu.
“Saya berkata padanya, jangan pergi kerana saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup.. Saya tidak sangka dia nekad dan pergi ke Syria untuk berperang.
“Saya kerap mengingatkannya bahawa membantu keluarganya di sini juga merupakan satu antara amalan jihad dalam Islam, tetapi hatinya sudah tetap untuk meninggalkan kami, apa yang dia mahukan ialah mati syahid,” katanya.
Sejak konflik di Syria meletus yang menyaksikan kedegilan Presiden Bashar enggan meletakkan jawatan, begitu ramai belia muda Malaysia yang berlepas ke Syria untuk menyertai jihad dengan harapan dapat pahala mati syahid.
Antaranya termasuk pemimpin parti PAS dan juga seorang bekas pemain muzik kumpulan Rock tanah air.
Gambar di atas menunjukkan beberapa orang rakyat Malaysia yang sudah pun berada di sana mengangkat senjata menentang rejim al-Assad.
KRDT- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Luahan Seorang Ibu Yang Anaknya ‘Berjihad’ Di Syria"