Kebiasaannya sukan nombor satu dunia, bola sepak lebih banyak diminati oleh golongan lelaki berbanding wanita.
Namun, stigma tersebut sudah tidak boleh diguna pakai pada masa kini kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya sama-sama menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pasukan yang diminati mereka.
Selain itu, kehadiran penyokong wanita di mana-mana perlawanan Piala Dunia 2014 juga berjaya menarik perhatian lensa kamera pihak media yang sekali gus menyerikan lagi kemeriahan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia ini.
Wajah manis dan gelagat manja mereka secara tidak langsung berjaya mewarnai lagi ragam Piala Dunia edisi kali ini. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Penyokong Wanita Penyeri Piala Dunia 2014"