ShareThis to the world!

[Video] Adegan wanita berniqab dan lelaki dalam lif


Video ni aku terjumpa masa tengah belek-belek news feed kat FB tadi. bila aku bukak video ni kat Utube, ramai gile orang yang komen and bertikam lidah tentang video ni. ada yang sokong, ada yang bantah, ada jugak yang cakap video ni hina agama Islam la, tak betul lah, tak sepatutnya buat camni lah, sepatutnya buat camtu lah,.. aku baca aje, tak komen pun.

Filem ini mengisahkan seorang wanita berniqab dan seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah lif yang rosak.

Lelaki berkenaan kemudiaannya menawarkan minuman kepada wanita berkenaan ketika suasana di dalam lif itu semakin panas. Walaupun wanita itu pada mulanya tidak memberi respon kepada lelaki berkenaan, beliau kemudian mengambil juga air yang diberi oleh lelaki berkenaan.

Suasana menjadi lebih tegang apabila lelaki tersebut tercedera hingga berdarah di kakinya. Sebagai membalas jasa lelaki berkenaan, wanita tersebut menanggalkan tudungnya untuk membalut kaki lelaki tersebut.

Filem ini kemudiaanya mendapat kritikan daripada penonton kerana mereka berpendapat ajaran Islam sebenar melarang wanita memperlihatkan aurat mereka dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah ada yang beranggapan ianya satu kesilapan untuk mempromosikan toleransi agama dengan menggunakan Islam sebagai bahan contoh.

Bagaimana pula dengan anda yang lain?



0 Komentar untuk "[Video] Adegan wanita berniqab dan lelaki dalam lif"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info