ShareThis to the world!

Zizan Razak: Kami Tidak Rancang Mahu Saman Emma Maembong




Baru-baru ini timbul isu mengenai kontroversi yang melibatkan Emma Maembong dan syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment (WFE), mengenai isu notis saman yang dikeluarkan oleh Syarikat tersebut kepada artisnya iaitu Emma Maembong sendiri.

Kenyataan berbalas sebelum ini telah dijawab oleh pengarah urusannya Marina Juki selepas beberapa hari Emma mengeluarkan kenyataannya dan kini bertemu dengan pemegang saham terbesar syarikat tersebut, Zizan Razak di majlis penghargaan media bersama Astro di Le Meridien Kuala Lumpur telah merungkaikan segala spekulasi yang telah timbul beberapa hari ini.
“Saya juga pelik apabila kenyataan saman itu dikeluarkan dan saya sebagai pengarah tidak berniat berbuat begitu pada Emma. Kita habiskan kontrak tersebut dan In shaa Allah saya akan berbincang semula dengan Emma supaya tidak menyusahkan”
“Sebab ada juga Emma mendapat job daripada orang lain yang katanya Marina menyuruh callsecara langsung kepada Emma. Jadi benda-benda sebegitu membuatkan saya juga pening memikirkannya dan saya tudak mahu untuk membela mana-mana. Pada saya yang mana bagus kita kekalkan,” katanya panjang lebar.
Di sini katanya pihak syarikat membelakangkan atau mengenepikan Zizan dalam urusan saman-menyaman ini tanpa memberitahunya. Tetapi Zizan dengan tenang menjawab sekiranya perlu untuk mengambil tindakans saman tidak ada masalah baginya untuk bersetuju tetapi sekiranya boleh diselesaikan secara aman maka tidaklah perlu untuk diperbesarkan isu ini.
“Pada saya kalau benda itu menyusahkan syarikat kalau perlu saman, samanlah. Tetapi ini adalah perbincangan dahulu tidak ada tulis saman lagi,”katanya.
Mengikut pandangan Zizan sendiri dia menjelaskan bahawa tidak perlulah untuk mengeluarkan apa-apa isu atau status terkini kerana kontrak Emma akan tamat pada hujung bulan Jun ini.
“Rasanya tidak perlu untuk memperbesarkan isu ini sebaliknya kontrak dia akan tamat pada bulan ini,” jelas Zizan Razak berkaitan isu kontrak ini.
Zizan Razak Masih Belum Rancang Untuk Kahwin
Dalam pada masa yang sama, Zizan turut memberitahu bahawa dia masih lagi tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini walaupun mampu dari segi kewangan disebabkan komitmen kerjayanya dan juga kekasihnya itu.
“Buat masa sekarang saya masih tidak ada perancangan untuk berkahwin kerana masih banyak lagi benda yang perlu saya fikirkan. Kerjaya, syarikat, keluarga dan dia juga yang mempunyai peminat dan kerjayanya yang sendiri,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)
0 Komentar untuk "Zizan Razak: Kami Tidak Rancang Mahu Saman Emma Maembong"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info